tHis Is Me

tHis Is Me
NoR aZiRa Bt AzMi

About Me

My photo
Klang, Selangor, Malaysia

Monday, 4 July 2011

i love CAMPING ...

Assalamualaikum .. hi readers .. apa khabar sihat ke tak ? hehehe .. harapnya sihat laa ye di samping keluarga tersayang .... entri kali ni aku nak cerita pasal camping or in bahasa melayu perkhemahan .. readers semua mesti pernah pergi camp kan .. tipu laa kalau sekali pon korang tak pernah pegi melainkan korang ni ibarat princess yang tak buat aktiviti outdoor ni ... hehehehe....

Secara am nya aktiviti perkhemahan ni dibuat di kawasan luar atau outdoor activity ..selalunya tempat-tempat yang dipilih untuk aktiviti perkhemahan ni adalah padang sekolah ( kalo perkhemahan peringkat sekolah ler), kawasan hutan dan tempat yang di bina khas untuk aktiviti ini ..

Aku suka kan aktiviti camping ni .. bagi aku camping is the best activity to do .. masa sekolah dulu aku rajin juga laa join camp sana sini .. tapi bukan laa terlalu aktif .. tapi kalo dah di kira dari sekolah rendah sampai sekolah menengah bilangan aktiviti camping yang aku pernah join is UNCOUNTABLE ... hehehe

bagi aku camping ni best .. mungkin bagi orang yang tak aktif akan cakap BORING ... tapi bagi aku kalo ada camping aku nak join !!!! nak tahu kenapa aku cakap camping ni best ?? baca laa yang selanjutnya ..

Bagi aku camping ni best sebab.....

  • dapat pengalaman baru .
  • dapat berkenalan dengan kawan baru .
  • bnyak aktiviti yang SERONOK !!
  • dapat uji tahap DISIPLIN, TANGGUNGJAWAB, dan KERJASAMA
  • MAKAN .. hehehe .. yea makan laa yang best sebab masa kem paling banyak kita makan 6 x sehari
Sepanjang aku berkhemah ni ada macam2 kenangan yang sampai hari ni aku tak lei nak lupakan .. ada kenangan yang macam emm btol ke ni ? hehehe .. ada kenangan yang wah tak sangka laa .. hehehe.. macam tu laa lebih kurang nya ...

Antara kenangan yang aku dapat :
  1. My first kiss.Ni masa sekolah rendah ... masa ni tengah buat aktiviti Operasi Burung Hantu and mata aku ditutup dengan kain . masa ni aku di pimpin cikgu untuk ke tempat lain tetiba je ada orang langgar aku . n mulut dia bertemu mulut aku . huhu .. yang langgar aku tu pun mata tertutup.. untill now i dont know who is the lucky person tu , haha lucky ke ??
  2. Berjaga malam sampai ke pagi .. hehehe excited sangat masa kem sampai tak dapat tido. last2 kene marah n disuruh tido.. huhu
  3. 1st time mendaki bukit n dapat tgk air terjun yang cantik depan mata.
  4. khemah masuk air .. huuhuuhuu
  5. kene gigit pacat.
Sebenarnya ada banyak tapi ingat-ingat lupa laa pulak ..huhu.. walau apa pon camping ni bestttt .....
every camping that i've joined i had a great pleasures and enjoyed the camp...

Saturday, 2 July 2011

Berangan @ Day dreaming ...


Assalamualaikum .. hai readers semua.. thanks ek pada yang sudi membaca blog yang diwujudkan ini .. hurmm .. entri kali ini aku nak cerita pasal berangan or day dreaming .. entri kali ini pasal berangan ni sebab aku ni seorang yang sangat suka berangan .. aku suka sangat berangan sebab berangan ni best tau .. hehehe .. nak tau nape berangan ni best ?? just read through okay ...

Aku ni tak tahu la sejak bila aku suka berangan ..bagi aku berangan ni seronok sebab bila kita dalam angan-angan kita boleh buat apa yang kita nak ...apa yang kita tak dapat dunia realiti ni kita akan cuba dapatkan dalam dunia angan-angan kita dan sekaligus akan buat kita rasa sangat bahagia .. hehehe ... itu pada pendapat aku laa ..contohnya la kan dalam dunia realiti sekarang ni mungkin susah untuk kita berjumpa dengan pelakon-pelakon hensem macam aaron aziz ke kamal adli ke or sesape laa ..tapi dalam berangan ni kita boleh jumpa dengan dorang siap boleh ada relationship agy .. hehehe .. sebab dalam day dreaming ni kita laa pengarah .. huhuhhu so suka hati laa kita nak wat cerita macam mana kan?kan?kan?

Waktu-waktu yang aku suka berangan ialah 1) masa mandi .. ye laa dalam bilik air tu kan sensorang je kan .. so ada can aa nak berangan .. bukan ada orang nampak pon kita wat apa .. so kalo dah dok dalam bilik air lelama tu maknanya tengah "directing cerita baru" laa .. hehehe 2)sebelum tido .. kalo ada masalah tak lei tido aku selalu sangat berangan .. hehehe .. so bila dah lama2 berangan otak mula penat n tanpa kita sedar kita dah pun terlena .. kalo bernasib baik apa yang kita angankan tu masuk pula dalam mimpi kita .. warhhh ... best gitu .. hehehehe...

konon-konon macam ni laa .. before masuk tido berangan dulu .. hehee

sebelum aku menamatkan entri kali ni aku nak kongsi satu lagu yang bagi aku sangat sesuai dengan tajuk entri kali ini .. sebuah lagu yang di nyanyikan oleh Zarina yang di beri tajuk Bagaikan Puteri :



kalau nak nyanyi sekali n hayati lirik nya lirik ada disediakan di bawah ...

Jika dunia
Aku yang punya
Akan ku dirikan
Sebuah syurga
Malam tanpa siang
Untuk ku bermimpi

B:
Sepanjang masa
Tanpa kecewa
Bertemankan bintang yang setia
Bagaikan puteri
Kisah khayalan
Yang hidupnya suci dan sempurna

C:
Tapi sayang
Hanyalah impian
Bulan tak bisa tumbuh ditaman
Dan bila mentari datang
Pulanglah segala kenyataan

Jika dunia
Aku yang punya
Akan kuhiaskan
Sepasang sayap
Putih dan berseri
Untukku kemudi